Salam pekenalan korang!

Wednesday, December 16, 2009

menakutkan

aku dpt citer kt bwh dr email yg member aku forward pagi td..saja nak kongsi sbb aku serius sgt terkejut baca citer ni..ish takut plk nak jadi mak d zaman moden yg serba canggih ni..tambah2 denga berita pagi td kat hot fm..ada budak 14thn buat hubungan sex dgn 5 budak lelaki n family dak tu tau mll rakaman video yg ada kt hp dak tu..ish2 sgt menakutkan..semoga zuriat dan keturunan aku n suami menjadi anak2 yang soleh n tak buat benda2 mcm ni..amiin..apepun selamat membaca citer dr email kt bwh ni..

dari email:


Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2
pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun.
Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun
hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal
seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita.
Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..

21 comments:

  1. kesian budak tu die juz nk tunjukkan kasih sayang die....tp salah tunjuk kasih sayang

    ReplyDelete
  2. This is the reason kenapa kita perlu tidur berasingan dr anak kita dari dia baby sampai besar. Sebab tue jangan biasakan baby tidur sekatil dengan kita. Yes, its true yg kita sayang baby and nak tido dengan dia, tapi tgklah effect dia.. jangan assume yg baby or toddlers nie tak tahu apa yg kita buat. they learned! Sebab tuelah kak Amie separatekan Qaira from us! Pengajaran nie!

    ReplyDelete
  3. budak2 selalu ikut apa yang parents dia buat. so, fikir-fikirkanlah :)

    ReplyDelete
  4. huuu mmg terkejut dgr news arini!
    adoi budak2 sgt cepat belajar, dlm hal2 intim ni pun dorang terbelajar erk. thanks for sharing maria, same2lah kite ambil ikhtibar

    ReplyDelete
  5. huhuhuh speechless!!tp btul, anak2 mmg akan cepat belajar melalui tingkah laku, bukan kata2 nasihat..dlm al quran sudah digariskan panduan n batas2 antra ank n parents..

    ReplyDelete
  6. zaman dah berubah.. budak2 sekarang dah advance sikit.. so kita nih sebagai mak bapak kena cari jalan macam mana nak didik ank kita ekk.. anything kena back to basic...

    ReplyDelete
  7. didi - yup..terslh fhm..mak ayah dak tu kena cuci balik pemikrian anak dia..

    kak amie - itula..nak kena simpan duit jugak beli katil baby..kena bg dia tido asing..baby ok lagi..tp bila dah besar skit mmg kena pisahkan..

    farah - em tu la..bahayakan..

    hanie - mmg..budak2 kecik pn pandai dah skrg..bukan main lg diorg..sgt menakutkan zaman2 skrg ni..

    nurul aziyana - yup kena jadikan alQuran sebagai landasan kita..

    iena - back to basic..terfikir mcmn mak maria jaga maria dlu..;)

    ReplyDelete
  8. nau'zubillah.. budak2 mmg mudah ikut perbuatan orang dewasa ni. so mak bapak terutamanya kenalah jaga tingkah laku depan anak2.

    ReplyDelete
  9. cik mas - kelakuan kena jaga perckpan pn kena jaga..budak2 senang ikutkan..

    ReplyDelete
  10. parent-to-be - doa mintak d jauhkan..

    ReplyDelete
  11. OMG...tak sangka mmg ada kes mcm ni. Nasib baik usia daniel tu tak de nafsu lagi, kalau tak...

    Parents mmg kena jaga adab dan tertib. In fact, dlm agama pun tak bagi buat hubungan terang2..ni kan pulak biar anak tengok je..

    ReplyDelete
  12. aan - a'ah smlm citer psl benda ni dgn husband..die pn ckp mcm tu..tp nk wat mcmn kan mak n ayah budak tu dah terlebih buat terang2an..huhu....

    ReplyDelete
  13. ditusuk sembilu?? bahaya tu..

    i klik ur nuffnang...
    digi and samsung :)

    ReplyDelete
  14. cik epal - kalau tak leh buang sembilu tu lagi bahaya..;)

    aishah - yelah..mcm2 budak2 zaman skrg..kita kena lebih hati2 kan..

    ReplyDelete
  15. dapat email psal ni arini...terkejut jugak baca..mintak laa jauh bende2 macam ni kat family kita..

    aisyah mmg plan baby dari kecik tido bilik sendiri...tapi tak penah laa nak terpk sbb2 mcm ni..just tanak bagi die terlampau manja jer..hmm

    ReplyDelete
  16. awak, sok due date..ntah2 awk da delivery pun..tahniah tau.. semoga dipermudahkan semasa melahirkan cahaya mata nanti..

    ReplyDelete
  17. aiesya - buat ms ni baby maria tido ngn maria tp besar skit mmg akan ubah die tido dlm bilik sendiri..bahayakan..

    dibiuscinta - sy dah deliver 18hb aritu..;)

    ReplyDelete
  18. huhuhu. i told my husband abt this. rupanya dia pun dpt email fwd dr member dia.. mcm2 kan dunia sekarang. mmg pengajaran btol. huhu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...