Salam pekenalan korang!

Thursday, October 21, 2010

Berita Harian Online | Cuti bersalin

petikan dr berita harian:
"Kenapa ramai yang sinis memberi cadangan supaya berhenti kerja saja atau buka syarikat sendiri kalau mahu beranak ramai dan cuti semahunya. Jawapannya mudah, mungkin kerana yang hamil dan melahirkan itu wanita. Kalau lelaki yang di kedudukan itu, pasti saja mereka meminta serupa dan tidak mustahil, berlebih-lebih permintaannya."

pd aku semua org ada kehendak n keperluan masing2..dan aku tak salah kan kalau ada yg memilih utk cuti sedikit selepas bersalin..dan kenapa ada org berebut nak cuti bersalin yg lama..cuti bersalin sbnrnya bukan sekadar cuti..tp sbnrnya cuti utk membolehkan ibu2 meneruskan penyusuan ibu dgn jayanya...anyway aku rs negara kita yg cuti bersalin sikit..apepun aku bersyukur..at least masih ada cuti walaupun ia hanya 2 bulan..apepun renung2kan fikir2kan..

petikan dr berita harian :

"INFO: Cuti bersalin pelbagai negara:

  • Brazil - 4 bulan bagi ibu, 7 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100 peratus.

  • Cameroon - 3 bulan bagi ibu, 10 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100 peratus.

  • China - 3 bulan, gaji dibayar 100 peratus.

  • Itali - 5 bulan, 80 peratus gaji dibayar selepas bersalin.

  • United Kingdom - 7 bulan, 90 peratus gaji dibayar untuk 6 minggu pertama dan baki 20 minggu gaji dibayar dengan bayaran yang ditetapkan.

  • Sweden - peruntukan 450 hari cuti berbayar keibubapaan dan gaji berbayar ketika waktu penyusuan dibuat. Kemudahan disediakan untuk penyusuan.

  • Perancis - 16 minggu (4 bulan) cuti bersalin pada 84 peratus gaji minimum harian bagi anak pertama dan kedua. Untuk anak yang berikutnya cuti adalah 24 minggu (6 bulan).

  • Norway - cuti bersalin 42 minggu pada gaji penuh atau 52 minggu pada 80 peratus gaji. Negara itu juga mempertimbangkan pilihan cuti keibubapaan anjal dan waktu kerja anjal sehingga dua tahun mengikut keperluan pekerja.

  • Belanda - menyediakan manfaat cuti bersalin 16 minggu dengan cuti berbayar penuh diikuti oleh cuti keibubapaan tidak berbayar sehingga enam bulan.

  • cerita selanjutnya bolek klik link di bawah..
    Berita Harian Online | Cuti bersalin

    16 comments:

    1. i setuju dpt cuti 3 bln. bagusnya xperlu pakai breast pad pg keje dlm bulan ketiga n masih boleh exclusive bf, since i start keje je, susu pon mula la kurang. masalah perkara ni dibentang dlm belanjawan adalah, ini bukan peruntukan belanjawan, ini penukaran sistem je. limit total hari xberubah 300 hr jugak. limit kan beranak je. haha apeda

      ReplyDelete
    2. k.june - betul tu..sbnrnya fight cuti ni bukan utk ibu2 'bersenang lenang; spt yg org ckp tp sbnrnya fight utk susu ibu..nak bagi tp bersyarat kan..

      ReplyDelete
    3. orang malaysia ni banyak sangat songeh. negara lain semua cuti bersalin berbulan2!

      ReplyDelete
    4. cuti bersalin 3 bln ni utk gomen je kan maria? kalu private still 2 bln kot. huhu

      pendapt nurul nurul rasa dua bln cukup kot tp kalau ibu2 yg menyusukan anak dua bln tu mmg tak cukup. so 3 bln tu ok utk menyusukan anak dgn jayanya. lg satu boleh main2 dgn baby :)

      ReplyDelete
    5. nurul - em itula klu utk pas pantang 2 bln ckup dah rsnya..tp klau 3 bulan leh menambahkan bil ibu yg menyusukan anak..so lebih lama baby menyusu dgn mak die..sbb ada sesetgh ibu bila dah start kerja diorg bg anak susu tepung..tp apepun sumer atas kita kan nurul..cuti lama ke sikit ke kalau kita ok mst ok punya kan..
      private 2 bln juga cutinya..

      ReplyDelete
    6. Tu la..tukar sistem je, ending tetap 300 hari. And average kita beranak dlm 3-4 anak, so 3 bulan cuti dah cukup actually. Me pun baru tau, kesian Zahra, kalau tak, me mmg apply 3 bulan dah :(

      ReplyDelete
    7. aan - em maria br tau yg psl 300 hari tu..huhu..

      ReplyDelete
    8. orang laki tak tau betapa emotionally distressnya feelings seseorang ibu tu bila kena tinggal anak yang baru dua bulan... tu sebab diorang boleh cakap banyak. at least kalau 3 bulan, both mom and baby dah strong sikit, physically, mentally and emotionally

      ReplyDelete
    9. twiggy - itula..semua org ada pendapat masing2..ada jugak perempuan yg tak setuju 3 bln..tp lelaki setuju..pd maria semua org ada fikiran masing2..cuma doakan yg terbaik utk semua..;)

      ReplyDelete
    10. kalo duk uk rasa bole beranak tiap2 bln kot..huhu

      ReplyDelete
    11. diah - tiap2 tahun kot..kalau tiap2 bulan camno tu..huhu

      ReplyDelete
    12. sikit btol cuti org Msia ni kan. huhuhuh

      ReplyDelete
    13. jehan - org malaysia berkira..

      ReplyDelete
    14. hehe..maria,papepn bersyukur je la dpt cuti berbayar.fariha lu cuti bersalin yg 2 bln tu pn unpaid.dh la masa tu de prob so terpaksa amik cuti awal 1 month.last2, 3 months x bgaji.keje private, senang je diperkotak-katikkan eventhough company 2 main-board BSKL listed.last2, resign jer

      ReplyDelete
    15. fariha -betui2..kerja private ni biasalah kan..maria haritu contract..nasib baik tak beranak lg time tu..kalau tak kes naya gakla kena buang..huhu..

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...