Salam pekenalan korang!

Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

lecithin shaklee yg menjadi pilihan ramai

Tahukah anda apakah fungsi lecithin?

Fungsi Lecithin seperti di bawah: 

1- Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. Ini kerana Lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.

2- Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, Lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.

3- Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
4- Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
5- Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. Sebab itu Lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti Alzheimer Disease. Lecithin adalah makanan otak dan saraf.
6- Lecithin dapat membantu masalah Insomnia. Ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
7- Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru-paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
8- Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).

9- Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.

10- lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.

Sumber dari blog Kak Beeha dan Aishah Rahim


pm utk order.. nak pos boleh..nak cod pun boleh..cod area kulim/lunas/penang(terhad)

Your Shaklee Independent Distributor,
Maria Rajab
0125264787

Tuesday, August 20, 2013

merawat sakit sendi

Ada org percaya bila dah tua2 baru nak rasa sakit sendi..sebenarnya tak ye..sakit sendi boleh menyerang sesiapa saja. saya listkan di bawah beberapa cara utk melegakan sakit sendi ye..

Antaranya: 
# Menggunakan ubat atau suntikan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
- Melegakan keradangan dan kesakitan sementara waktu sahaja
- Merosakkan organ-organ dalaman

# Melalui pembedahan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
- Kos yang mahal
- Pergerakan anggota badan yang terhad


Dengan Shaklee, ketidakselesaan sendi boleh disokong dengan pilihan cara yang lebih sihat, selamat, semulajadi, tidak menyakitkan dan menjimatkan!

Gabungan 3 suplemen ini dapat memelihara sendi yang kuat, fleksibel dan bebas bergerak dengan 3 langkah iaitu:
Nutrien Untuk Sendi Yang Sihat

Langkah 1 - Mengekalkan tulang rawan yang sihat dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara iaitu:



1. Menyokong keselesaan sendi.

2. Meningkatkan kesan kusyen.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat.




Langkah 2 - Mengurangkan inflamasi sendi dengan OmegaGuard


Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. Ini kerana omega 3 dapat membantu:

1. Melambatkan degradasi tulang rawan

2. Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi dan seterusnya mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi

3. Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan untuk lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut dan sakit.

Langkah 3 - Mengekalkan sel tulang yang sihat dengan Ostematrix

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Sementara magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi. Kebanyakan orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup pengambilan magnesium.

Didalam Ostematrix terdapat:

1. Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap

2. Magnesium (400mg) - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya

3. Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium

4. Boron - Membantu dalam metabolisma tulang

5. Mangan, tembaga dan zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.


Kajian menunjukkan pengambilan kalsium bukan sahaja menguatkan tulang tetapi membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

credit info here

Your Shaklee Independent Distributor,
Maria Rajab
0125264787

Set kurus Shaklee

Salam semua pembaca..(ada ke pembaca ni?hehe..xpelah syok sendiri pun syok sendiri la kan..huhuhu..) entry kali ni maria nak share pasal set kurus shaklee...antara set yang menjadi perhatian ramai org tau...Dengan set ini, anda bukan sahaja mampu mencapai berat badan yang ideal, lansing, cantik tetapi anda juga semakin sihat dan bertenaga. 

Ada 3 langkah mudah dengan set kurus shaklee ni iaitu:

Langkah 1 : DETOKS

Anda sering mengambil pelbagai ubatan untuk membantu diet anda. Tapi sangat liat untuk berfungsi. Masih tak turun dan nampak perubahan? Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk menyerap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.Produk Shaklee akan memudahkan proses pelangsingan anda. Langkah pertama untuk anda lakukan adalah dengan proses DETOX.

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Proses pembakaran lemak dan pelangsingan badan anda pun lebih mudah berlaku.

Apa yang sesuai untuk detox? 

Produk Shaklee yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa dan Herb-lax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. 



Langkah 2 : Membakar dan Memecahkan Lemak

Proses membakar dan memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.


Langkah 3 : Membina Otot Dengan Protein

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo dan menghalang berat badan naik dengan mendadak.

Selepas kurus, badan akan mudah mengelebar/gelebeh, dengan pengambilan protein akan shapekan otot yang gelebar dan membuatkan badan solid.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan denganESP (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Gabungan ketiga-tiga langkah ini sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.
Pengambilan makanan yang seimbang dan diet yang teratur sangat disarankan kerana itulah kunci utama untuk langsing. Anda juga disarankan mengambil 2-3 liter air setiap hari untuk memudahkan proses pelangsingan dan penyerapan vitamin yang diambil. Dan paling penting anda perlu mengambil suplement di atas dengan konsisten untuk result yang TERBAIK dan SUPERB!

Ramai yang dah merasai perubahan dengan Set Kurus Shaklee ini. Anda bila lagi.....
Jika anda mempunyai budget yang terhad, jangan risau, anda tak perlu beli semua, Shaklee masih boleh membantu anda menjayakan misi diet anda. Sila hubungi saya, dan saya akan mencadangkan produk yang sesuai dengan budget anda. Budget anda boleh bermula serendah RM 50 !!

InsyaAllah saya akan membantu dalam proses diet anda sehingga anda berjaya mencapai berat badan yang ideal ok:) Setiap pembelian dari saya akan mendapatHARGA ISTIMEWA dan KONSULTASI PERCUMA seumur hidup:)


Your Shaklee Independent Distributor,
Maria Rajab
0125264787

Info sini: 

Monday, April 8, 2013

Promo bulan April 2013

Selamat pagi semua..maaf dah seminggu baru nak update blog ye..promo bulan ni macam biasa buy 6 free 1..tapi kalau beli 1 pun harga kebabboom juga ye..kalau beli 6 lagi la kebaaaabooom...sebab dapat jadi member shaklee free..next month dapat bonus terus..lps tu dah boleh mulakan aktiviti meniaga..kan best?

okayla tanpa membuang masa..bulan ni promo nutriferon..ape tu nutriferon? Nutriferon ni sebagai imun booster..tapi ia bukan sekadar imun bosster tau, masalah eczema dengan ashtma pun insyaALLAH boleh hilang dengan nutriferon ni..

Nutriferon ni boleh di katakan sebagai pengganti panadol..So boleh buat stok simpan kat rumah..sekotak utk 1 rumah..so tak perlu telan panadol yang bertoksik untuk badan tu.. So buat sesiapa yang kerap demam, selsema , batuk tu sangat bagus ambil nutiferon ni..


Kenapa nutriferon ni sangat bagus dan terbaik?

1. Terbukti daripada empat kajian klinikal pada manusia - Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam Nutriferon.
 2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi - Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. Nutriferon merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
 3. Dicipta oleh individu yang menemui Interferon - Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.   
4. Rumusan berpaten yang eksklusif - Nutriferon tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten Nutriferon yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. 

5. 40 tahun kajian - Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. Menurut kajian terbaru, Nutriferon telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini. 

6. Sejak Nutriferon telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan Nutriferon.

Bestkan?jangan lupa promo masih berlangsung..ajak kawan2 ofis kongsi srg sekotak..nanti korang dpt dah free membership tu...untungkan?

Your Shaklee Independent Distributor,
Maria Rajab
0125264787

psst..kalau nak cod boleh cod di sekitar penang dan kulim,kedah..anyway kalau negeri lain pun kami ada cawangan jugak..pm je k.. ;)

Friday, March 15, 2013

perlu renew membership shaklee?

okay kalau semalam saya ada cerita pasal macam mana nak jana pendapatan dgn shaklee, harini maria nak cerita pasal renewal fee membership shaklee plak..sebab ada yang tanya.."maria..shaklee ni kena renew tiap2 tahun ke mcmn membership dia.."

Jawapan dia tak perlu ye.. kalau dulu kena bayar renew rm20 untuk setahun..tapi bermula januari 2013 dah takda renewal fee tu..dan jugak e-Shaklee Today is free.... korang tau apa itu e-Shaklee Today?tu majalah Shaklee...boleh di layari di website Shaklee Malaysia..percuma je..nak hardcopy?kenalah jadi leader paling kurang supervisor..1copy untuk supervisor dan master dapat 10copy...free okay..

Jadi bayar sekali je registration fee+pos rm75(semenanjung) dan rm85(Sabah sarawak) korang dah layak dapat benefit2 sebagai ahli shaklee..antaranya 3C..(Cash..Convention..Car)..bayar seumur hidup rm75 je pn..best kan? dan daftar di bawah group kami..group jutawan yang mabeles dengan master yang semestinya mabeles..nak tau lebih lanjut?pm maria okay..sedia membantu anda..;)

credit: mamafaiz.com

Your Shaklee Independent Distributor,
Maria Rajab
866803
0125264787

Thursday, March 14, 2013

jeragat pigmentasi kulit

Q:  Apa itu jeragat?

A: Jeragat atau lebih dikenali sebagai tompok hitam, pigmentasi kulit seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan. Ramai orang mengadu sukar untuk hilang jeragat terutamanya di bahagian muka.

Q: Bagaimana nak menghilangkan jeragat?

A: Dengan supplement-supplement Shaklee anda dapat merasai kesan perubahan hilangkan

jeragat yang semakin berkurangan hari demi hari dan kulit wajah bertambah mulus dan awet muda. Selain itu, anda juga akan perasan tubuh anda semakin sihat dan bertenaga, jisim tulang dan pergerakan sendi semakin lancar serta  rambut dan kuku lebih bersinar dan sihat.


Untuk hilangkan jeragat anda perlu mengambil vitamin seperti berikut

Vitamin C, vitamin E
dan ESP

Vit C
Penghasilan kolagen yang mencukupi dalam tubuh bukan sahaja membantu menghilangkan jeragat malah mengatasi masalah kulit berkedut, kering dan melayut, kuku rapuh, rambut halus, keguguran rambut dan juga dapat mengelakkan struktur tulang dan sendi yang lemah.

Vit E
Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dapat membantu memberi keseimbangan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Selain itu, vitamin E membantu hilangkan jeragat dan juga jerawat

ESP
Protein juga sangat membantu hilangkan jeragat. Pengambilan protein harian yang cukup dapat membantu tubuh menghasilkan sel-sel baru dan menyahkan jeragat di muka. Jadi sekarang beri perhatian keperluan protein harian anda untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.

kredit : 
http://sihatmacamyaya.blogspot.sg dan http://www.azhaanbrothers.com


Pastikan pengambilan air anda seharian juga mencukupi ye..kerana air sangat penting dalam carta pemakanan kita seharian..

Your Shaklee Independent Distributor,
Maria Rajab
866803
0125264787

menjana pendapatan dari rumah

Bagaimana anda ingin menjana pendapatan dari rumah? Masih mencari-cari apa yang ingin di jual? okay mula2 jangan ikut org..org jual tu kita pn nak jual tu..yang penting korang buat research apa korang punya strength korang minat apa..kalau korang minat nak jual shaklee..ye meh cari maria..maria boleh cerita..


Anyway kalau yang berminat nak jadi ahli keluarga shaklee dengan rangkaian kami (KedaiKecilKami), daftarkan keahlian anda dengan hanya rm65 atau pun keahlian percuma dengan pembelian berjumlah rm660(semenanjung malaysia). pos macam biasa rm10 untuk semenanjung


Kalau tidak mahu berniaga pun tiada masalah..anda boleh daftar keahlian untuk makan sendiri.. Kumpul points dan anda akan dapat cashback bulan berikutnya.. anda juga boleh berkongsi dengan rakan dan keluarga..

Kalau yang nak berniaga, anda jangan bimbang kerana anda akan di bimbing secara beterusan melalui coaching secara online mahupun offline, kelas-kelas juga selalu diadakan dan anda bukan saja mendapat 2 kali ganda dari modal anda rm65 tersebut malah lebih berganda2 bergantung pada hasil usaha anda.. welcome to Shaklee for new member. feel free to contact us..
memberkit beg


FB : Maria Rajab / KedaiKecilKami
SMS : 012-5264787
Email : rieyanee_1125@yahoo.com
Blog : http://w0rld0fmin3.blogspot.sg/
Member ID: 866803

Wednesday, March 6, 2013

vitamin pengikat kasih syg

hah tajuk pn dah gitu kan...so sesiapa yg nak cari vitamin pengikat kasih syg tu bolehla try vit e kombo dgn alfafa utk isteri..untuk si suami pula boleh try zink dgn vit e...aummmmm aummm....


untuk suami

untuk isteri


p/s: ada kesan sampingan tau ambik set2 ni...kesan sampingan selain yang "hari2 mau tu" korang pn akan kelihatan lebih cantik manis..maklumla vit e tu ada 4kali ganda vit c tau..tak pyh sibuk2 cari vit c yg out of stok tu k..

Monday, February 18, 2013

7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN (ESP)



♥ Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.


♥ Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan


♥ Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.


♥ Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang


♥ Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.


♥ Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result


♥ Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium


sumber: http://www.mamafaiz.com/2011/01/cara-memilih-soy-protein-yg-berkualiti.html

PERTANYAAN & PEMBELIAN
FB : Maria Rajab / KedaiKecilKami
SMS/Whatsapp : 012-5264787
BBM: 2695B5F9
Email : rieyanee_1125@yahoo.com
Blog : http://w0rld0fmin3.blogspot.sg/
Member ID Shaklee: 866803

Friday, February 15, 2013

teringin untuk hamil?



Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu anda untuk cepat hamil?



Antara fungsi GLA (gamma linolenic acid) adalah menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. 

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu. Ini adalah kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1. 
(Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah di samping mengurangkan tekanan darah)


Bagaimana GLA Complex membantu untuk mudah hamil? 


GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.
Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.





Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur


kredit: sweetbonda.blogspot

p/s: sudah lama menanti cahaya mata?pm saya ya..saya akan cadangkan supplement SHAKLEE mana yang patut di ambil...chaiyokkkkk

PERTANYAAN & PEMBELIAN
FB : Maria Rajab / KedaiKecilKami
SMS : 012-5264787
Email : rieyanee_1125@yahoo.com
Blog : http://w0rld0fmin3.blogspot.sg/
Member ID Shaklee: 866803

Thursday, February 14, 2013

HEALING CRISIS


ape itu healing crisis/krisis penyembuhan? 


Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.



Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:


Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi
imunisasi badan

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan
usus, najis berbau, air kencing berbau Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan

Penghasilan lendir seperti selsema,
kahak Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak

Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Edema (membengkak) Masalah buah pinggang



Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity


PERTANYAAN & PEMBELIAN
FB : Maria Rajab / KedaiKecilKami
SMS : 012-5264787
Email : rieyanee_1125@yahoo.com
Blog : http://w0rld0fmin3.blogspot.sg/
Member ID Shaklee: 866803

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...