Salam pekenalan korang!

Monday, October 6, 2008

checklist

segala tips ni telah di copy dr Dzuhriah..thanks akak coz sharing this info..n aku ade gk edit sikit2..hehe

5 bulan sebelum kahwin
-Tarikh dan waktu pernikahan penting di tentukan awal. Dapatkan pengesahan kehadiran jurunikah, imam, wali serta saksi. (tak buat lg..huhu..)

-Dapatkan ilham konsep majlis perkahwinan yang anda idamkan sama ada eksklusif, moden atau tradisional. Jika anda mahukan majlis penuh dengan adat istiadat, rujuklah dengan orang yang arif dengan upacara berkenaan. Sekiranya melibatkan tetamu khas, rancang dengan teratur protokol majlis. Jika majlis akan diadakan di hotel atau dewan, buatkan pengesahan tempahan. Dapatkan perbandingan harga perkhidmatan yang diperlukan. (da byk kali masuk kuar kedai tgk2 n banding2 harga..tp tak tau gk mn satu nk pilih..maklumla nak sume brg tp harga murah..huhuh..)
-Di peringkat ini boleh ditentukan berapa anggaran perbelanjaan yang diperlukan. Kira jumlah perbelanjaan dan rekodkan setiap pembelian. (alamak budget roughly da ade tp cam terlebih da..aduih...sakit kepala..)
-Tentukan siapa yang bakal menjadi pengapit dan gadis-gadis bunga. Pastikan konsep pakaian agar nampak lebih menyerlah. (em takde pengapit takdek flower gurl..very save money kan2?)
-Tentukan di mana anda dan pasangan anda akan menetap selepas berkahwin. (em ni pn dok pening gk..sewa kt penang ni sumer mahal2 je..aduih..sakit kepala lg..)

4 bulan sebelum kahwin
-Pastikan kursus perkahwinan anda berjalan lancar (ni dah ambik dekat setahun yg lalu da..haha...terukkan awai giler..hehe..)
-Buat kepastian dengan orang yang akan mengetuai majlis pernikahan dan persandingan anda
-Menempah cadar, langsir serta set kamar pengantin (cadar da beli sewaktu matta fair..ingat nak p tgk pakej honeymoon tp p beli cadar lak..heheh...bab langsir blum..nk tgk mn yg blh d rembat utk tidak melebihkan lg budget ku yg da mmg terlebih ni..ade sape2 nk tlg sponsor?huhu..)
-Menempah jurumekap atau mak andam (em ni pn tak sure lg..either jiran kg ku or butik pengantin lain since mr silent man ni tak berkenan baju utk aku..so need to cari lg..)

-Rancang destinasi dan tarikh bulan madu. Pastikan passport anda dan pasangan anda tiada masalah (kena postpone dlu d sbbkan cuti yg ketiadaan n wang yg ketiadaan..kesiankan..tp kalau nak sponsor ckp je..hehe..)

-Jika keluarga sebelah pihak orang jauh, pastikan tempat penginapan mereka (rsnya tak yah sbb tak jauh pn..hehe..)
-Dapatkan rawatan rapi kesihatan untuk memastikan anda benar-benar sihat. Mulakan program kesihatan diri seperti ke salun untuk merawat muka dan tubuh badan serta ke gimnasium untuk memantapkan kecergasan fizikal anda (mmg nak kena wat ujian hiv..tu kire ujian kesihatan ape..hehehe...n mr silent man nak p wat urutan membuang angin...n me plk nk wat facial treatment dgn bantuan adeqku yg encem..nthla die nk tlg ke tak..hehe...)

3 bulan sebelum kahwin
-Buat senarai akhir tetamu yang akan diundang (roughly da ade..sbb wat kecik je so takla pening pale sgt..)
-Buat tempahan kad serta kad jawapan (kad kahwin da survey rs mcm da jumpa yg berpatutan...kad jawapan tu tak payahla..tp sape2 yg nak bg jwpn pn blh...lg bgskan..)
-Tempah pakaian pengantin. Tentukan masa untuk mencuba kesesuaiannya (baju utk nikah tak tempah lg tp dah beli la kainnya..adakah terlalu awal atau terlalu lewat..jeng2..utk bj sanding taj yah tempah eh sewa je..)
-Dapatkan sebut harga pakej perkahwinan yang disediakan. Tetapkan tempahan awal bagi mengelakkan sebarang masalah (ni msh dlm pencarian..)
-Dapatkan sebut harga utk pakej katering..(ni yg dok pening ni..nk catering budget lari..adus..pening2..)

2 bulan sebelum kahwin
-Cincin perkahwinan ialah hadiah paling sentimental yang mesti dipastikan telah dibeli atau ditempah (em masih mencari..aritu da jumpa tp sbb budget yg terlebih kena d pk2 kan lg..)
-Mencari brg langkah bendul(memandangkn aku bakal langkah the bendul so kena cr cincinla for my sis..d sbbkan sizenya yg agak besar dr biasa..so ssh skitla..huhu..budget mau tinggi ma..huhu..)
-Menentukan konsep hiasan singgahsana, bekas bunga pahar dan bunga telur (just simple as can..so simple dpt mengurangkan kos kan..)
-Gambar penting untuk kenangan. Sebaiknya sewa khidmat juruvideo professional
(myb using khidmat my fren..so sape2 nk jd gurugamba tak bergaji aku?sile roger nama krg k..hehe..)

1 bulan sebelum kahwin
-Selesaikan semua urusan dengan pejabat agama seperti surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali sudah dilengkapkan (blum siap...mr silent man tak buat ape2 lg..tensen je..)
-Memilih menu hidangan tetamu serta santapan di meja pengantin (yg ni mmg pening..mak aku srh wat nasi daging je..senang sedap n jimat..ape pendapat korang?)
-Mula mengirim kad undangan. Sediakan senarai menerima dan menolak jemputan
-Menyediakan bekas bunga pahar dan bunga telur
-Beritahu pengapit dan pengiring tugas yang perlu dilakukan sepanjang majlis persandingan
-Menghantar borang cuti kepada majikan
-Pastikan jumlah pengiring serta kenderaan yang diperlukan untuk ke rumah pihak sebelah

1 minggu sebelum majlis
-Buat kepastian terakhir dengan semua pihak yang berkaitan. Pastikan semua agihan kerja telah disempurnakan
-Pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Berhati-hati juga daripada aspek pemakanan agar kesihatan tidak terganggu
-Sekiranya majlis dibuat di hotel, buat latihan terakhir majlis
-Hubungi jurunikah, aksi dan saudara mara terdekat untuk memastikan kehadiran mereka
-Pastikan pakaian pengantin sudah siap. Bawa kasut dan aksesori sebenar yang akan digunakan semasa majlis untuk dicuba dengan pakaian pengantin
-Pastikan khemah atau balai, kerusi meja, singgahsana dan kamar pengantin sudah diuruskan
-Pastikan gubahan hantaran telah disiapkan
-Masukkan barang-barang yang anda perlukan dalam satu bekas agar tidak kelam-kabut

10 comments:

  1. hye maria..salam perkenalan..thanks sudi menyinggah blog nurul.. btw selamat hari raya :-)

    awk pun bride to be yer..good info la..tapi nurul ape pun tak mula lagi..another 5 month to go.. huhu..pas ni nak bermarathon prepare for weeding pulak.. hehe.. awak bila tu??

    ReplyDelete
  2. make sure sume checklist nie mesti buat cpt..nnt ada je yg tak siap lagi..mesti akan ada punya...

    ReplyDelete
  3. nurul - hye..thanks coz sudi gk singgah my blog...slmt hr ry jugak..em takpe wt pelan2 k preparation tu..em sy punya wedd tu tak sure lg..so nnt bile da sure br sy bgtau lain k..

    mrs amie..ya mmg kena cepat tp masalahnya tak ckup tgn..nk tlg ke?hehe..

    ReplyDelete
  4. hye maria. salam perkenalan. thanks melawat blog saya.

    wah. ceklist ni bagus utk preparation nak kawen. semoga dipermudahkan segala urusan la ya.

    bila nk kawen nye?

    ReplyDelete
  5. '..takde pengapit takdek flower gurl.'? hehe, nanti lap2 peluh sendiri ke? nape tak amik je mak andam jd pengapit? kan bleh save budget.. seyes ni.. tapi jangan ler mak andam pondan lak.. huhuu~~

    ReplyDelete
  6. myadlan - thanks gk sbb jenguk blog nth pape sy ni..bile nk kawin?tu rahsia lg..da konpem tarikh nnt sy bgtau lain..k?huhu..

    dzuhriah - tu la psl..so takdek ke yg sudi nk jd pengapit ni..huhuhu...

    ReplyDelete
  7. salam singgah disini pula :D. Thanks for sharing...sy pon bakal pengantin jgk tahun depan. yer...semua pon lengkap..satu jer dah KURSUS KAWEN! hehe konon ambik awal nak rase aura tu la kan. Tapiiii...masih berdiam diri lg kuikuikui. Slamat menghunting juge ;)

    ReplyDelete
  8. wah..ini aura2 blog kahwin aje ni..hehe..boleh x nak copy checklist ni..heheh

    ReplyDelete
  9. hanie - ya same2 kite sharing2 yek..sbnrnya byk lg info sy ade kt dlm majalah tp malasla nk taip..huhuh..byk sgt...tp sbnrnya lebih kurang je dgn yg ade ni..ade ms nnt sy tgk yek ape yg menarik lg info2 ni..

    susudlmbotol - so unik name u have..by the way ya sy pn nak jd mrs tak lama lg..same mcm awakkan..

    dialicious - ya..copyla..sy tak kisah sy pn copy dr website dzuhriah...act ade checklist dlm magazine tp malas nk copy so copy dr org je..hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...