Salam pekenalan korang!

Tuesday, September 23, 2008

Hak Wanita - Mahar

Sebaik sahaja diakad nikahkan, hak pertama hasil ijabkabul itu yang perlu kepada seorang suami terhadap isterinya ialah mas kahwin (mahar).Mas kahwin adalah satu pemberian yang wajib dibayar oleh seorang suami kepada isterinya, sama ada dalam bentuk wang ringgit atau harta benda, sebelum, sewaktu atau setelah akad nikah.

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 4 yang bermaksud : Dan berikanlah kepada wanita-wanita (yang kamu nikah) mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib diberikan samada dari harta, kadar, bilangan, timbangan, kiraan, sukatan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah S.a. w : Berilah (isterimu itu mas kahwinnya) sekalipun hanya sebentuk cincin besi.Namun begitu, para fuqaha berpendapat bahawa mas kahwin mestilah terdiri daripada benda-benda yang mempunyai harga, bermanfaat, yang tertentu, halal atau apa sahaja yang sah menurut hukum syarak, serta tidak membebankan pengantin lelaki.

Dalam perkahwinan, lelaki sama sekali tidak berhak mendapat sebarang peruntukan kewangan sebaliknya si lelaki wajib membayar mahar kepada perempuan. Mahar tidak semestinya berupa pemberian semata-mata kewangan, sebenarnya apa sahaja harta yang bernilai dan berharga yang menjadi simbol dan tanda penghormatan suami kepada isterinya.

Mahar dalam peruntukan undang-undang keluarga Islam ialah : Pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berbentuk wang tunai di bayar dan diakui sebagai hutang atau berbentuk cagaran atau berupa sesuatu yang mengikut Hukum Syarak boleh dinilai dengan wang ringgit.Ianya boleh dibayar tunai atau ditangguhkan. Tetapi sekiranya ditangguhkan ianya tetap dinamai hutang yang mesti dibayar oleh si suami.Islam tidak menentukan had minimum atau maksimum bagi pembayaran mahar, seeloknya mengimbangi kemampuan pihak lelaki dan tidak merugikan pihak wanita.

p/s: artikel ni jumpa wkt surfing hunting..

2 comments:

  1. salam... tq singgah ke blog saya...

    maria ni dah nak kahwin ke?

    selamat menempuh gerbang perkahwinan....

    ReplyDelete
  2. buat rizza..maria blum kawin..br nak kawin..hehe..em i loike blog hunting..so blh kenal ramai kwn..kan2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...